Winnie The Pooh
RSS

Umruki

Lilypie Kids Birthday tickers

Jun 13, 2011

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.

Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .


Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa... Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Jun 5, 2011

.::Antara Sahabat Dan Kekasih::.

Hari ini masuk hari kelima kami tidak bertegur sapa. Walaupun kami ni roommate, tinggal sebilik, tidur pun sebilik, tapi peristiwa itu benar-benar membuatkan aku dan dia, Afif, saling tidak bertegur sapa. Kalau pada hemat aku, bukanlah besar sangat masalahnya, cuma bagi dia mungkin itu perkara besar apabila aku terkantoi membaca surat cinta dari kekasihnya, Suhaila kerana ia berhubung kait dengan privacy.

Permulaan kes pembacaan surat ini apabila aku ternampak ada sepucuk surat bersampul merah jambu di atas meja study aku. Dah nama pun meja aku, ingatkan surat untuk aku la. Tapi, bila buka sahaja mukadimah ayatnya, tertera sebaris ayat, 'Buat Yang Teristimewa, Afifudin'. Alang-alang dah terbuka, aku pun meneruskan sahaja pembacaan. Ayat-ayat yang ditulis punyalah penuh dengan ayat mendayu-dayu ibarat angin pantai yang halus membelai pipi, gaya tulisan macam ini kalau bagi kat cikgu Bahasa Melayu memang confirm la dapat A+.

Aku sebenarnya pernah nampak si Afif baca surat tu dan masa tu riak muka dia jelas menunjukkan betapa dia sedang di fasa ambang cintan. Sejujurnya, bagi aku tulisan itu tiada apa-apa kesan pun, sebab, SURAT TU BUKAN UNTUK AKU PUN. Tapi tidak sangka pula, sedang khusyuk aku baca, diam-diam si Afif datang dari belakang dan aku pun terkantoi dengan tangan aku masih lagi pegang erat surat tu. Padahnya, dapatlah aku merasa satu tumbukkan padu yang mengena tepat di pipi aku.

Situasi di atas, sudah cukup untuk aku ungkapkan kepada pembaca sekalian betapa pentingnya surat cinta dari kekasih hati buat sang kekasih sehinggakan sahabat kita pun sanggup kita tumbuk.Tetapi bagaimana pula dengan Al-Quran?. Adakah sama status Al-Quran ini dengan status surat cinta yang dianggap begitu 'privacy' itu?.Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita semua atau lebih jelas lagi untuk "SAYA".

Dalam hal ini, selalu kita mengecualikan diri kita. Jika ditanya, untuk siapa Al-Quran diturunkan maka jawapan skema akan keluar iaitu untuk manusia lah, kita lah, orang Islam la, kenapa tidak untuk "SAYA" ? Oleh kerana jawapan manusia sentiasa untuk "kita", maka oleh kerana jawapan inilah yang membuatkan kita tidak terkesan apabila membaca ayat-ayat Al-Quran yang penuh dengan kata-kata peringatan.

Sebagai contoh kisah Nabi Yusof dan adik-beradiknya yang mana Yusof ini dicemburui lalu sampai baginda dicampak ke dalam perigi. Malah pengajaran Habil dan Qabil juga, mereka berbunuhan disebabkan hasad dengki yang bermain dalam diri. Dua contoh kisah ini mungkin cukup utk diungkapkan. Untuk menjadikan Al-Quran itu berkesan buat diri ini, maka cuba letak diri kita dalam situasi yang terdapat dalam Al-Quran seolah-olah Al-Quran ini diturunkan tepat dengan situasi kehidupan kita. Al-Quran ini sebagai satu peringatan yang sangat jelas telah Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W kepada setiap individu Islam.

Seringkali semasa zaman kanak-kanak kita dahulu, cerita fairytale menjadi sebahagian dari kisah angan-angan dan impian kita sewaktu kecil. Bagi yang perempuan, berangan menjadi seperi Cinderella yang nanti datangnya putera idaman untuk mengahwininya, tidak kurang yang lelaki yang berangan mahu menjadi Superman menyelamatkan dunia. Begitulah juga dengan Al-Quran, di mana kisah-kisahnya lebih dekat terkena ke batang hidung sendiri.

Sayangnya jika kita tidak meletakkan diri kita dalam situasi yang terdapat dalam contoh-contoh ayat pengajaran dari Al-Quran, maka samalah situasi 'aku' yang tiada kesan pun dengan tulisan dalam surat cinta tadi. Sebab apa? Sebab surat itu bukan ditulis untuk aku, jadi buat apa aku nak touching dengan kandungan isi surat tu. Namun Al-Quran ini lain, ia diturunkan untuk memberi kesan kepada setiap dari kita. Ia diturunkan untuk SETIAP orang Islam diatas muka bumi ini untuk berpesan-pesan walaupun sepotong ayat.

Jangan kita menjadi seperti di dalam surah Al-Jumu'ah ayat 5:

" Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya), adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Jelas di sini, sekiranya kita membaca Al-Quran, tetapi tidak mengamalkannya, kita juga boleh jadi seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal. Membaca dan menghayati Al-Quran adalah salah satu cara untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran yang ada dalam bilik kita ataupun di rak-rak buku. Kalau sebelum ini kita hanya baca, tetapi tidak meneliti maksud, cubalah berubah dengan membaca sekali dengan meneliti maksud. Jika sebelum ini kita baca dan meneliti maksud namun hanya memahami bahawa kisah-kisah atau pengajaran itu untuk kaum yang tersebut, maka cepatlah kita berubah untuk meletakkan kisah-kisah itu di atas batang hidung kita sendiri agar ayat Quran itu lebih terkesan buat diri kita ini. Insya Allah.

-Artikel iluvislam.com

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Jun 2, 2011

.:::Sahabat by Hawary:::.



Pertemuan...telah ditakdirkan...

antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguh..nya ikatan ini..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku...
hanya satu dlm beribu.....

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku

klik : lirik lagu

nota pena: ku tujukuan lagu ini buat semua sahabat-sahabatku..

1~Tadika Pasti Nurul Iman
2~SK Taman Medan (batch 1996-1997)
3~SK Puchong Perdana (batch 1997-2001)
4~SMK Puchong Utama 1 (batch 2002-2003)
5~SMK seksyen 10, Kota Damansara (batch 2003-2006)
6~Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (batch 2008-2009)
7~Politeknik Sultan Idris Shah (batch 2010-2011)
8~PSSRT
9~Para guru Tadika Dzul Iman (seksyen 7 -anjung dan kristal- , seksyen 23)
10~Family KBMKL
11~ukhwahti Karisma IPT
12~SMART Fasi
13~Adik2 kasih dan sayang Keindahan BersamaMu (KBM)
14~Adik2 dan Sahabat2 Explorasi Remaja Ambang ipT (ERAT)
15~adik2 SAMDE
16~Adik2 dan sahabat2 seusrah (PSA dan PSIS)

trima kasih krana sudi menerima daku seadanya, seorang insan yang lemah dan memerlukan bimbingan dan mencari keredhaan Allah.. moga ukhwah tanpa syarat di redhai Allah dan berjumpa di jannah firdausi.. amin...

akhir kata:

sahabat.. sahabat...
saya sayang sahabat...
sahabat lah.. sahabat saya dunia dan akhirat..
trima kasih sahabat... krana sudi menerima saya sahabat...
saya sayang...................... semua sahabat saya..... <3 <3 <3

~Akrab dengan Allah, akrab dengan Sahabat~

.::Satistik umat ISLAM di Malaysia::.

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

perkongsian dari blog mujahadah (klik : disini )

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

~Mari Mengira dan Renungkan~

65 tahun hidup hanya 2 tahun amal ibadat yang kita bawa?

Mari kita buat kiraan ringkas tentang ibadat solat kita.
Isyak, Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib
Solat 1 waktu = lebih kurang 10 minit (anggaran kasar)
Sehari 5 waktu x 10 minit = 50 minit (anggaran kasar 1 jam ibadat solat sehari)
Maka setahun = 360 jam jangka masa kita solat.

Katakanlah purata usia seseorang 65 tahun.
65 tahun x 360 jam = 23400 jam ibadat solat dalam tempoh 65 tahun.
Mari kita teruskan mengira.
23400 jam = 2.7 tahun (2 tahun setengah).
Kiraan ini termasuk waktu sebelum baligh iaitu dari umur 1 tahun hingga 15 tahun.

Kalau tolak 15 tahun sebelum baligh tinggal 50 tahun bukan.?
50 tahun = 18000 jam ibadat solat yang kita lakukan 5 waktu sehari.
Jadi selama 50 tahun hidup, keseluruhan ibadat solat yang kita lakukan ialah 2 tahun.
(itupun kalau jaga solat).
Mari kita renungkan.

Selama 65 tahun hidup, akhirnya kita kembali menghadap Allah s.w.t dengan membawa amalan selama 2 tahun?

Cukupkah?
Rasanya berpuas hatikah kita nak bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sekarang?
Sedangkan masa hidup kita banyak tersia dengan mengejar dunia semata.

Perkiraan di atas sekadar renungan buat kita semua agar jangan berasa cukup dengan amalan yang kita ada. Kita risau amalan baik yang kita lakukan masih belum cukup untuk mengatasi kejahatan yang sering kita lakukan samada dalam sedar atau tidak.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah.
Jagalah solat kita kerana amalan solatlah yang pertama akan dihisab kelak
Jangan kerana kita masih melakukan maksiat dan kemungkaran kita tidak solat. Solat itu ada keberkatannya. Mudah-mudahan dengan solat yang ikhlas kerana Allah s.w.t kita dijauhkan dari melakukan maksiat dan kemungkaran yang sudah pasti setiap muslim ingin menghindarinya.
Dari saat ini dan ketika ini semarakkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Perkara-perkara maksiat cuba dijauhkan. Perkara-perkara haram tinggalkan dan jangan toleh ke belakang lagi. InsyaAllah terdetik niat di dalam hati kita untuk berubah kearah kebaikan, Allah pasti tidak biarkan kita dalam kesesatan. Janganlah lakukan lagi perkara-perkara mungkar yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t. terhadap kita umat akhir zaman ini.

Mahukah Allah murka sehinggakan biar kita dalam kesesatan?
Kesesatan dengan keseronokan dunia. Masing-masing sibuk mencari hiburan dan keseronokan dunia semata. Kesesatan dengan pangkat dan darjat. Bangga, meninggi diri dan membeza-bezakan darjat dan pangkat sesama insan. Kesesatan dengan kemewahan dunia. Lupa akan kesusahan orang lain dan leka mengejar kemewahan dan keseronokan dunia semata.

Apa maknanya kita kecapi segalanya di dunia ini tanpa keredhaan Allah s.w.t.?
Bersyukurlah pada-Nya kerana kita di antara insan yang terpilih untuk memahami Islam.
Kita insan-insan terpilih untuk terus mencari ilmu Islam. Dengan ilmu yang ada, bersama kita beramal di samping membimbing orang sekeliling kita bersama mencari keredhaan Allah s.w.t.
Mari bersama tingkatkan amalan kita dari masa ke semasa. Buatlah yang terbaik selagi mana Allah s.w.t beri peluang hidup di dunia ini. Janganlah kita leka dan lalai lagi. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang sesat dan dalam kerugian.

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

~Ku panjatkan kesyukuran hanya kepada-Mu ya Allah~

Titisan Mutiara Jernih Berlinangan

Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah...
Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI...
Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini...
di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH...
Ku rindu ALLAH...

Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi tanpa ada rasa kesangsian. Ku yakin cintaku hanya pd-MU ya ALLAH... Cintaku hanya satu iaitu hanya ENGKAU shj di hatiku... setiap masa, ku yakin dgn diriku krn adanya ENGKAU yg sentiasa dekat dgnku.

Srikandi yg bagaimanakah ku ingin miliki? wanita solehah yg bagaimanakah ku ingin contohi? Muslimah yg bagaimanakah ku ingin beri kepada generasi yg akan datang? sedangkan diri ini belum sempurna lagi utk dibaiki... ku harap, moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosaku... Biarlah cinta drpd insan lain ku tinggalkan. biarlah aku hidup keseorangan. namun ku tidak gentar dan takut kerana ku yakin ALLAH snts di hatiku. ALLAH sangat sayangkan hamba-NYA. itu sebabnya ku diberi kesedaran sehinggakan aku benar-benar menangis kerana ku amat jauh dengan ALLAH. ALLAH mencemburui krn aku mengagungkan cinta manusia selama ini. Ku abaikan ALLAH. Ku tidak ingat ALLAH yg snts memelihara dan melindungiku selama ini walaupun ku asyik dgn cinta drpd insan lain.

Terima kasih kpd seorang sahabat yg telah menyedarkanku apa itu cinta yg sebenarnya. klu tidak krn dia... aku semakin tercari-cari arah hidupku. Aku sayangkanmu sahabat krn keperibadianmu yg sentiasa prihatin akan diriku. Itu semuanya krn ALLAH telah memberi petunjuk kpdku... ya ALLAH... Sayang-NYA ALLAH kpdku. Sayang-Nya ALLAH sehinggakan dia menemukan aku dengan sahabat perjuangan yg snts menasihatiku malah mengingatkan ku akan kenangan sewaktu ku mula-mula mengenal Islam yg tersangat indah di jiwaku. Kenangan itu tidak akan ku lupa krn kenangan itu yg memberi sinar utk ku meneruskan kehidupan. SubhanALLAH... betapa cinta-NYA ALLAH kpd hamba-NYA. Walaupun adakalanya aku tidak mengingati ALLAH, namun ALLAH snts memberi petunjuk kpdku dalam apa jua bentuk kesedaran agar aku tidak tersilap langkah menghadapi kehidupan yg penuh pancaroba ini...

Kadangkala ku terfikir... walaupun pernah ku berbuat dosa sehingga ku terlupakan ALLAH... Namun, ALLAH snts ada menemani diriku ini... Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayang DIA terhadapku. Apabila ku bersedih... pasti ALLAH mengisi kekosonganku... tak dapat ku gambarkan dgn kata-kata... daripada situ... aku dapat merasai ALLAH sygkan ku sgt2... cuma aku tidak mengetahui krn terlalu lekanya aku dgn hal duniawi. ya ALLAH... ampunilah daku yg hina ini... Pernahku jatuh tersungkur sehinggakan aku berputus asa utk meneruskan pembelajaranku... namun, ALLAH ada dengan membantuku utk aku kuatkan semangat. Aku dapat semangat itu semula setelah aku menangis di hadapan-NYA. Secara drastik aku bersemangat meneruskan pembelajaranku... Kasihkan ALLAH kpd hamba-NYA? dan sekarang... ku sentiasa ingat yg ALLAH snts di hatiku ini... Aku syg sgt kpd ALLAH... ALLAH kekasih hatiku yg utama.

Aku tidak perlu takutkan cabaran yg akan datang... Biarlah ku lupakan cinta drpd insan lain dahulu. Kalau ada jodoh tak ke mana... Dan ku tahu, ALLAH menjanjikan yg terbaik buat hamba-NYA. insha ALLAH... ALLAH sayangkan kita semua. Percayalah... ALLAH menguji kita krn ALLAH sygkan kita... Tidak perlu menyesali dgn apa jua perkara yg kita hadapi di dunia.. Suatu hari nanti, kita pasti akan bahagia krn ALLAH ingin melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan hamba-hamba-NYA. Kasihnya ALLAH kpd kita... Aku terharu dgn apa yg ALLAH beri kpdku. Sehinggakan ALLAH sentiasa mengingatkanku akan kasih sayang-NYA yg utama agar aku tidak hanyut dgn kehidupan di dunia. Ku sayangkan ALLAH. Ku terlalu cintakan ALLAH... Ku telah mendapat kesedaran ini yg begitu berharga buat diriku... Alhamdulillah..

"Menjadi mawar berduri itu lebih baik daripada bunga-bunga tidak berduri yg boleh dipegang bila-bila masa sahaja"


"Muslimah Sejati bukan hanya utk dipermain-mainkan. Bukan hanya utk dijadikan sandaran sementara. Tapi, untuk dijadikan insan yang menjadi contoh kepada semua"


"Ku yakin... adanya cintaku utk seorang yg bergelar lelaki... Biarlah ku mencintai ALLAH terlebih dahulu agar hatiku mendapat ketenangan yg abadi sebelum ku mencintai lelaki. Ku takut syaitan sentiasa menggodaku. imanku masih lagi tipis utk menepis segala bentuk halangan itu. Insha ALLAH... ALLAH akan memberi yg terbaik buatku"


"Sekiranya ada jodoh tak kemana... ALLAH lebih mengetahui..."


nota pena: benarlah hidayah itu milik-mu ya Allah, kerana dikau memberi peluang kepada setiap hamba-Mu untuk berubah, engkau mengasihani setiap hamba-Mu yang bertaubat kepada-Mu diatas segala doasa-dosa yang dilakukan... wahai sahabat ku nur hana, daku mendoakan dikau istiqamah dijalan-Nya.. sungguh terasa dihati ini membaca luahan hatimu ini sahabat... menitis air mataku bagai embun menitis dipagi hari... La Tahzan sahabat, krana Allah sentiasa ada disisi kita... daku mendoakan yang terbaik untuk dirimu.. smoga Allah menemukan jodoh yang terbaik buat dirimu... =)

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Jun 1, 2011

kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah

Mengikut Sebutir Mutiara Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. ~ALLAH knows BESt! ~♥


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

~Doa'ku~

Assalammualaikum....



~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~