Winnie The Pooh
RSS

Umruki

Lilypie Kids Birthday tickers

May 31, 2011

~Satu Cinta by Star Five~

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

klik : lirik lagu

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu

Perkongsian pertama di bawah ditulis oleh rakan saya, Adam (bukan nama sebenar). Semoga bermanfaat, dan sebar-sebarkanlah untuk membantu rakan-rakan kita yang lain.
~Im Koyube, Presiden iluvislam.com~

Kisah Adam

Coretan saya ini, sekadar ingin berkongsi kisah benar kehidupan seorang lelaki (yang ingin dikenali sebagai Adam) yang dipilih Allah untuk berhijrah daripada kehidupannya yang gelap kepada cahaya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Allah pelindung orang-orang yang beriman; dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah:257)

Latar Belakang

Sedikit latar belakang kisah sewaktu kecilnya. Dia merupakan seorang anak yang begitu tinggi sifat ingat tahunya dan seperti kanak-kanak yang secara amnya bersifat nakal. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang disamping didikan agama yang baik namun dari sudut pergaulannya, dia amat dikawal rapi oleh kedua orang tuanya sehinggakan dipetang hari tika kanak-kanak yang lainnya bersuka-ria, dia hanya sekadar bermain di halaman rumahnya atau di rumah jiran rapat kepada ibu ayahnya sahaja.

Dia pula dihantar ke sekolah yang terletak di bandar dengan alasan takut kalau-kalau Adam menjadi liar jika bercampur gaul dengan kanak-kanak di kampungnya. Begitulah warna-warni kehidupan Adam, dimana perkembangannya tidak begitu memberansangkan kerana masanya yang banyak dihabiskan di rumah bersama ibu, ayah, kakak dan adik perempuannya. Namun sebagai seorang anak, apa sahaja yang boleh dilakukan, melainkan mendiamkan diri dan mengikut rentak keluarganya. Dalam diam pemberontakan dalam diri yang sangat hebat berlaku.

Sifat ingin tahunya hanya banyak menimbulkan tanda tanya tanpa penjelasan dan dorongan keluarga, Adam lebih banyak belajar dengan caranya sendiri dari sumber-sumber seperti televisyen, movie termasuk video pornografi, observation terhadap keluarga serta kawan-kawannya dan lain-lain lagi, namun banyak ilmu negatif daripada positif, pengetahuan yang ada, kekal dalam dirinya. Kehidupannya seperti kata-kata dari Prince Charles, "I learned the way a monkey learns - by watching its parents." Kerana kebiasaan bersama adik beradik perempuan, Adam mempunyai lebih ramai kawan perempuan berbanding kawan lelaki kerana sikapnya yang mudah mesra dengan perempuan sewaktu dia dibangku sekolah, namun dia bukanlah dalam kategori lelaki yang lembut.

Bergelar Mahasiswa

Apabila tamat zaman persekolahannya, Adam melanjutkan pelajarannya ke sebuah institusi pengajian swasta. Dimana Adam jauh dari keluarga dan perlu berdikari dengan berbekalankan pengetahuan yang ada bagi meniti kehidupan sebagai seorang yang bergelar mahasiswa. Ilmu agama yang dia miliki pula tidak begitu mantap, hanya sekadar mengetahui ilmu itu seperti subjek-subjek lain yang dipelajarinya disekolah. Pelbagai perkara yang menjadi tanda tanya dalam dirinya selama ini, yang dari pelbagai sudut tentang sesuatu perkara, cuba dicari dan dikupas satu persatu.

Karakter yang sudah sebati dalam diri, yang mudah mesra dengan perempuan digunakan sebaik mungkin kerana dia merasakan ada 'kemanisan' yang tersendiri dalam diri, mahluk yang bergelar perempuan. Ditakdirkan Adam bertemu dengan seorang perempuan dikenali sebagai Zulaikha yang rosak moral dan bebas pergaulannya.

Zulaikha

Adam merasa simpati dengan akhlak Zulaikha dan bercita-cita untuk merubahnya, kerana Adam percaya, bukan atas kemahuan Zulaikha untuk bersifat sedemikian rupa. Pasti keadaan sekeliling, cara didikan keluarga dan pengaruh kawan yang menyebabkan Zulaikha berperwatakan begitu. Dengan pengetahuan agama yang cetek, Adam cuba membimbing Zulaikha kepada kebaikan, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Adam semakin mendalami kehidupan Zulaikha yang penuh dengan kegelapan dan mereka semakin rapat bagaikan pasangan suami isteri, sehingga mereka mengisytiharkan kepada rakan-rakan tentang percintaan mereka berdua.

Kini cita-cita Adam yang dulunya panas membara bertukar menjadi seperti debu di jalanan, kerana hanyut dibawa arus kemaksiatan. Dia merasakan percintaan bersama Zulaikha adalah rahmat dari Allah kerana Zulaikha dapat membantu dalam pelajarannya, disamping kebahagian hidup bersama teman hidupnya itu. Perkara ini diketahui oleh kedua orang tua Adam, dan percintaan mereka dihalang keras oleh keluarganya. Namun Adam bermati-matian mempertahankan percintaan mereka sehingga sanggup bersikap biadap kepada kedua orang tuanya. Pertama kalinya Adam menyebabkan air mata ibunya berlinangan.

Disamping cerita Zulaikha, Adam juga ingin merubah sikap atau cara hidupnya yang mudah mesra dengan perempuan itu dengan memperbanyakan kawan-kawan lelaki, dan ingin hidup seperti remaja-remaja kebanyakan, kononnya seperti lelaki 'macho', 'stylo' dan 'gangster.' Dan dia berjaya dalam membina hubungan dengan remaja-remaja kampung dan ditempat belajarnya sendiri, yang datang dari pelbagai latar belakang. Dari hari ke hari, pendirian dan sikap Adam bertambah teruk.

Dia sudah mula terjebak dengan zina, pergaulan bebas, berhibur di kelab malam, rempit, curi motor, rokok dan banyak lagi yang dicubanya. Namun kadang-kadang, jauh disudut hatinya berkata-kata "Kenapa kehidupan aku begini? Seronok, tetapi aku tidak pernah merasa tenang... Masalah pula bertambah-tambah... Bagaimana ibu ayah? Bagaimana Zulaikha bila aku berjauhan dengan dia? Dengan lelaki lain mungkin? Bagaimana agama?" Dan terus soalan-soalan ini dia terfikirkan setiap kali dia membuat maksiat ataupun dia keseorangan.

Dalam masa yang sama dia terus mencari jawapan dan penyelesaian masalahnya disamping maksiat-maksiat yang dia masih lakukan. Kadang-kadang dia mendekati orang-orang tua di kawasan belajarnya, atau pesyarah-pensyarah demi mencari nasihat atau solusi. Semua yang didengarinya disimpan baik dalam kotak memorinya. Kadang-kadang ke masjid atau surau mencari sesuatu, kalau-kalau di sana ada ketenangan. Kadang-kadang sejadah menjadi saksi tangisannya dalam dia mencari makna kehidupan.

Dia masih belum mengerti yang dimaksudkan dengan hidayah dari Allah swt, Al-Quran yang punya pelbagai khabar gembira dan peringatan masih belum menjadi peneman sejati. Kadang-kadang kedengaran bacaan dari surah-surah Al-Quran yang dibaca merdu oleh Adam. Namun maknanya tidak diambil tahu. Adam dalam keluh kesah dan keliru, terumbang-ambing dihempas ombak kehidupan, disamping bisikan-bisikan syaitan yang tidak mengenal erti berputus asa demi meramaikan teman untuk menemaninya dineraka kelak. Adam bagai tiada kekuatan untuk membuat perubahan dalam dirinya sendiri, dan dia terus mengikut arus kehidupan yang penuh 'kebahagian' didalamnya.

Masa berlalu begitu pantas, Adam berasa senang hati apabila dapat menamatkan pengajiannya di peringkat diploma dengan baik. Perhubungan cinta bersama Zulaikha terputus ditengah jalan, selepas mendapat tahu bahawa Zulaikha curang dibelakangnya bersama lelaki lain. Adam sudah berputus asa dengan sikap Zulaikha dan tidak sanggup lagi memimpin Zulaikha yang sememangnya seperti tidak boleh diubah lagi sikapnya. Hanya doa yang mampu Adam panjatkan kepada Illahi demi kebahagian Zulaikha bekas kekasihnya.

Di saat rasa gembira bercampur sebak itu juga, ditambah pula dengan dugaan yang lainnya, dimana dia terlibat dengan kemalangan jalan raya. Mungkin ini satu peringatan dari Allah swt atas perkara-perkara yang dilakukan Adam seperti mencuri motor dan bergadai nyawa di jalan raya demi keseronokan dan duit. Selepas sihat dan pulih daripada luka, Adam lebih berhati-hati dalam menunggang motor dan berhenti dari kegiatan mencuri motor dan merempit di jalanan.

Jauh Dari Pantauan Keluarga

Seperti rata-rata mahasiswa, Adam juga meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah. Satu institusi yang lebih jauh dari pantauan ibu ayah dan bukan satu tempat kemasyarakatan seperti taman-taman dan kampung-kampung. Rata-rata penghuni kawasan ini adalah pelajar dan warga asing yang tiada langsung budaya kemasyarakatan, hidup berjiran dan sebagainya. Semuanya sekadar menjaga hal masing-masing. Adam yang kini tiada teman kekasih merasakan dirinya sunyi, dan seperti biasa Adam dengan sikap peramahnya mencari dan membuat hubungan dengan kenalan baru bagi mewarnai kehidupannya di tempat itu.

Adam menyibukkan diri, menyertai pelbagai kelab di institusi barunya dengan niat mencari kenalan baru. Tiada masalah buat Adam dalam usaha ini, memandangkan dia seorang yang 'versatile' dan peramah. Kerana sibukkan keseronokan, pendidikan Adam menjadi kelam-kabut dan punah, tetapi sedikit rasa terkilan pun tidak dirasainya kerana dikaburi keseronokan yang terlampau. Tiada rasa bersalah dengan ibu ayah lagi, silih berganti perempuan, tiada lagi rasa malu dalam diri, dan tetap dengan perangai buruk yang ada. Dia terus menyalahi Zulaikha yang kononnya, perempuan itu menjadi sebab perangainya buruk.

Adam sudah berputus asa dengan rahmat Allah serta menyalahi Allah yang membiarkan kehidupannya sebegitu rupa. Perbelanjaan yang sia-sia terus dilaburkan dari seorang yang bergelar ayah kepada Adam. Masa terus berlalu pergi, namun Adam tetap sebegitu rupa. Kali pertama dibuang dari institusi kerana 'pointer' yang sangat teruk, Adam membuat rayuan bagi meneruskan hasrat yang kononnya dia ingin membuat perubahan dalam pelajarannya. Setelah rayuan diterima, Adam tetap dengan perangai buruknya, tanpa menghiraukan pelajarannya tetap menagih keseronokan dunia yang penuh kemaksiatan. Adam kini menjadi pembela kemaksiatan atas kesan-kesan dosa yang menyebabkan hatinya keras dan hitam.

Hawa

Ditakdirkan Adam berkenalan dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai Hawa. Seorang perempuan yang begitu menagih cinta Adam, kerana sifat Adam yang penyayang dan begitu mengambil berat tentang dirinya. Adam tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan buat ketika itu kerana dia lebih selesa dengan keadaannya yang bahagia disamping kawan-kawan dan silih berganti teman tidurnya. Namun dia merasakan Hawa mencintainya seikhlas hati, lalu menerima cinta Hawa dengan baik.

Kehidupan mereka berdua begitu 'bahagia' sehinggakan Hawa sanggup menyerahkan jiwa dan raga untuk Adam atas nama cinta. Pada hakikat yang sebenarnya, cinta mereka itu tiada dasar dan hanyalah dorongan nafsu semata. Namun Hawa banyak berkorban masa, tenaga dan harta kerana cinta, semata-mata untuk membawa perubahan dalam pendidikan Adam. Namun usahanya bertemu kebuntuan, sehingga Adam disingkirkan dari institusinya buat kali yang kedua. Kali ini Adam tersentak kuat dengan keputusan yang sangat teruk.

Bertubi-tubi persoalan demi persoalan yang memburu benak fikirannya, "Macam mana sekarang? Nak teruskan lagi ke? Pointer dah teruk, teruskan pun tiada guna... Kerje ke? Kalau ibu ayah tahu macam mana? Perlu belajar tempat lain ke? Perlu tukar course ke? Arrrrgghhhhhh...!!!!" jiwanya menjerit kuat.

Tanpa pengetahuan ibu dan ayah, Adam tersungkur keseorangan, menjerit, menangis, menahan kepedihan dan keperitan yang sedang ditanggungnya itu. Mujur Hawa masih lagi disisinya, terus membantu, menyokong Adam dari pelbagai sudut. Dia mempercayai kemampuan Adam untuk membuat perubahan dalam pelajaran dan kehidupannya. Hawa membantu dalam memberi buah fikiran, idea-idea dan sanggup pula berkorban harta dan masa demi untuk membantu Adam. Keikhlasan Hawa membuatkan Adam bertambah ikhlas menyayangi kekasihnya. Dia cuba bangkit dan bertatih semula menuju menara gading sambil dipapah kekasihnya.

Kata putus dari perbincangan mereka berdua ialah supaya Adam memohon di institusi-institusi lain yang sedang menawarkan kemasukan pada ketika itu, sambil mencari pekerjaan sementara bagi memenuhi masa yang terluang ketika menunggukan jawapan dari mana-mana institusi yang dipohon mereka.

Walaupun kisah Adam kali ini penuh kepahitan, dugaan, dan pengorbanan, namun akhlaknya masih belum menampakkan perubahan. Perhubungannya dengan Sang Maha Pencipta masih tidak terjaga, walaupun kadang-kadang terdetik dihatinya, "macam mana nak jadi baik? Haihs..". Malah Adam mengheret kekasihnya juga ke kancah kemaksiatan. Sayangnya, kerana Hawa merasakan selesa dan kemanisan dalam perkongsian hidup bersama Adam, padahal kegelapan menutupi kehidupan mereka berdua.

Titik Kesedaran

Selang beberapa bulan, keputusan permohonan Adam di salah satu institusi diterima dan ditawarkan tempat bagi Adam melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di situ. Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dapat dilihat dari riak wajah Adam. Tanpa berfikir panjang Adam ditemani kekasihnya menguruskan pinjaman dan pembayaran deposit sebelum memulakan pendidikannya.

Terlintas di kotak fikiran Adam, "apakah pantas untuk aku meneruskan pendidikan dengan attitude aku yang sebegini rupa?" Kini Adam benar-benar menyedari bahawa dia tidak akan dapat pergi jauh dengan akhlaknya yang sangat teruk, maka Adam berusaha mencari mana-mana tempat yang menganjurkan kursus motivasi diri. Seorang kawannya mencadangkan supaya Adam pergi ke satu kursus yang pernah kawannya itu hadiri, dan satu impak positive yang besar berlaku pada diri kawannya kini. Tanpa berfikir panjang dan dipersetujui kekasihnya, Adam turut menghadiri kursus itu dengan hasrat supaya kursus yang akan dihadirinya dapat memberikan impak yang besar dalam dirinya.

Dengan keizinan Allah, suatu yang seperti ajaib terjadi dalam dirinya, seperti seorang yang meraba-raba dalam kegelapan, berjaya melepaskan diri kepada cahaya dengan bantuan sesuatu. Kini Adam memperakui dosa-dosanya dan dia bertaubat dihadapan Allah, memohon keampunan, berjujuran air mata, menggigil dia kerana takut akan dosa-dosanya, sehinggakan Adam begitu takut untuk keluar dewan menghadapi realiti kehidupan yang penuh dusta. Allah berfirman

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah An-Nur:35)

Kini Adam yang bagai punya dua personaliti, baik dan jahat dalam dirinya saling bercekaran merebut tahta pemerintahan dalam diri Adam. Dengan semangat baru yang berkobar-kobar, dia merangkul segala ilmu agama yang dipelajarinya dibangku sekolah dahulu, menukil kembali nasihat-nasihat yang pernah didengarinya dahulu. Al-Quran yang dulunya sekadar perhiasan kini menjadi teman, semuanya dikumpul dan diletakkan dihadapannya sebagai panduan kehidupan dalam setiap pekara. Allah swt dirasakan dekat, mencintai dan merindui Rasul saw dan Allah swt.

Rutin sehariannya kini mencari keburukan diri, dan perlahan mencari solusi kepada setiap permasalahan dirinya. Prasangka buruk dalam diri hilang, sikap membanding-bandingkan terkubur, riak dan banyak sikap negatifnya yang secara drastik berubah dan hilang dalam diri Adam. Dia kini sangat dahagakan ilmu demi mempertingkatkan akhlak diri dan memperbaiki kehidupan sebagai seorang pelajar dan akan punya kerjaya serta bakal menjadi pemimpin rumah tangga satu hari kelak.

Di institusi barunya, dia menunjukkan kejayaan dalam bidang akedemik dan kokurikulumnya. Namun dalam masa yang sama, kekasihnya Hawa merasakan tidak selesa dengan perubahan yang terjadi dalam diri Adam. Dia seperti kehilangan Adam yang dia kenal dulu, sedikit demi sedikit Hawa menarik diri dari Adam. Cintanya kepada Adam semakin pudar. Mungkin kerana waktu bersama dengan Adam semakin berkurangan, bilamana Adam menghadkan waktu untuk mereka bersama. Adam sudah banyak berubah ke arah ke-Islaman. Keseronokan yang dulunya Hawa nikmati bersama Adam sudah hilang dengan perubahan pada diri Adam.

Ujian Kebenaran Cinta

Niat Adam sekadar ingin menjaga silaturrahim mereka berdua, kerana Adam benar-benar mencintai Hawa dan bercadang untuk memperisterikan Hawa bila habis pengajiannya kelak, disamping ingin menghormati diri Hawa sebagai makhluk ciptaan Allah yang cantik dan bersifat lemah. Mungkin juga Adam terlalu keras dalam membimbing Hawa, yang menyebabkan Adam semakin hilang dari hatinya. Mungkin juga Allah ingin menguji kebenaran cinta Adam kepada Allah swt dan Rasul saw.

Namun perkara ini dilalui tenang oleh Adam, kerana dia kini seorang yang percaya pada ketetapan baik dan buruk oleh penciptanya. Dan dia memaafkan Hawa dan amat bersyukur diizinkan Allah berkenalan dengan manusia yang bernama Hawa. Hanya doa yang mampu Adam panjatkan demi kebahagiaan Hawa untuk dunia dan akhirat.

Adam kini terus dengan perjuangannya, dia perlu meletakkan fokus pada pendidikannya. Disamping memperkuatkan ilmu agama, mempelajari hadis, perbaiki bacaan Al-Quran sambil meningkatkan keimanannya kepada Allah dan Rasul. Dia menjadi seorang yang amat risaukan tentang bagaimana dan cara apa yang perlu dilakukannya bagi menjadikan impian Rasul saw sebagai satu kenyataan sehingga bayi yang terakhir lahir ke dunia pun dapat masuk ke syurga Allah swt. Kehidupannya kini kelihatan bahagia, bagaikan tiada masalah, walaupun berseorangan. Mungkin kerana keyakinannya terhadap bantuan dari Sang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Moga kita sama-sama dapat doakan kesejahteraan Adam. Semoga Adam dapat beristiqamah dan bermujahadah dalam usaha memperbaiki diri dan berdakwah menyebarkan agama Allah.

Allah bersumpah demi jiwa dan seluruh penyempurnaan-Nya. Setelah itu Dia mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan kepada manusia. Maka beruntunglah siapa yang mensucikan hatinya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Artikel iluvislam.com

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

~Benar, Hidayah itu Milik Allah~

Assalammualaikum.......

melihat sahaja tajuk, pasti ada yang nak tahu crita disebalik tajuk.. siapa yang mendapat hidayah Allah itu?... siapa lagi.. kamu la..... ya kamu!!! xpercaya???... percayalah, hidayah Allah datang dalam perbagai bentuk.. antara sedar dan tidak sedar sahaja.... nak contoh..??? baiklah, saya bagi beberapa contoh... =)


1. situasi melihat seorang kawan tidak memakai tudung..

gadis A: cantiknyer awak, tp kan lebih cantik kalau memakai tudung.. ayu lagi...
gadis B: erm... cantik ker.. trima kasih... ( dlm keadaan yg sangat gembira) tapi, aku blum bersedia lagi la tuk pakai tudung... x dapat HIDAYAH ALLAH lgi.....

erm.. dalam situasi ini, gadis B menyatakan dia tidak dapat hidayah Allah lgi...... tapi tanpa dia sedar sbnrnya teguran dri si gadis A itulah hidayah Allah.. yag mengatakan si gadis B ini "lebih cantik jika memakai tudung"....

jelas tak, hidayah Allah dtg dlm pelbagai bentuk.. percaya tak???...... percaya dan yakin lah...

2.situasi di sebuah restoran makan...

sahabat 1: sweetnyer la couple 2, makan suap2.. romantiknyer...
sahabat 2: sweet ker, xelok la buat macam tu...
sahabat 1: kan bagus kalau aku ada boyfriend, bleh wat macam tu dengan dia.... romantiknyer...
sahabat 2: kan aku dah cakap tak baik, berdosa tau tak couple2 nie... kalau nak buat macam tu, lpas nikah pun boleh kan....

mcm mn, fham ker apa yang saya cuba perkatakan hidayah Allah itu..... utk contoh yg kedua ini harap smua yang membaca dapat simpulkan sendiri....


sekarang, macam mana pula kita hendak membuat seseorang sahabat itu senang untuk menerima hidayah Allah yang tanpa dia sedari selama ini....

1. kita sebagai kawan/sahabat/teman mestilah menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang muslimah.

2. bertegurlah secara berhikmah... cuba meletakkan diri kita ditempat dia dalam situasi ketika itu.

3. jangan terlalu mendesak.. beceritalah dengan apa2 sahaja crita atau pun bagi lah apa2 sahaja contoh yang dimudah faham untuk bagi dia berfikir dan memilih mana yang terbaik untuk diri dia...

contoh: beli 2biji gula2... satu gula2 dibuka pembalutnya dan satu lagi tidak dibuka pembalutnya... dan minta dia pilih diantara 2 gula2 itu.. yang mana dia nak... (simpulkan contoh itu kpd kawan/sahabat/teman kita...)

4. bagi dia masa untuk berfikir dan berubah.. sokong dan bagi kata2 semagat kat kawan/sahabat/teman kita..

5.berdoalah kepada Allah... krena senjata umat islam yang paling tajam adalah doa...


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

May 29, 2011

12 Sifat SAHABAT

Assalammua'laikum....

dari arikal yang sebelum ini... mari kita kenal dengan ciri2 SAHABAT pilihan.... tapi kena ingat sebelum kita ingin mencari sahabat seperti dibawah ini, apa kata kita menjadikan diri kita sendiri dahulu dengan sifat2 sahabat ini..... =)

1.
Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3.

Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5.

Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6.

Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7.

Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10.

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
.



Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Nilai Persahabatan Sebenar

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat'.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..
Mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..untuk menggapai redha Allah.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah Swt.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga..


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

May 28, 2011

~Istikharah Cinta by Sigma~

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


nota pena: sebelum kita ingin memilih seseorang itu menjadi kekasih halal kita.. perlulah melakukan solat istikharah... krana solat isthikharah ini kita bertanya kpd Allah, btul ker dia yg tertulis utk kita, btul ker dialah kekasih kita, ayah/ibu bagi anak2 nanti, imam/makmum dlm solat kita, sahabat kita.... berkahwin bkn untuk diri sendri yg ada pada itu, fikirlah kehadapan... perlu ingat apa yang kita niatkn, itulah yang kita akan dapat.. Allah itu maha Adil... btulkan niat, lbih mudah jika melakukan sesuatu itu krana Allah, moga mndapat redhaNya... (^_^) renungkan2..

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

May 27, 2011

Dengarlah Luahan Seorang Ibu




Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu

Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…


Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun


Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu


Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan


Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu


Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…




nota pena: Ibuku, engkaulah ratu hatiku, engkau lah sahabatku, doktorku, pakar motivasiku, guruku, designerku,..... walaupun kini aq tlah dewasa... tetapi tidak mungkin aq menjadi sehebatmu ibu... dari kecil hingga kami dewasa, engkau tidak penah jemu mendidik kami, leteranmu menjadi nasihat kami, bisingmu menjadi kami seorang yg berguna, kebimbanganmu menjadikan kami seorang anak yang mendengar nasihat daeimu... kerana peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi, zaman yang banyak perkara-perkara yang jenayah.. engkau begitu berhati-hati dengan segala aktiviti yang kami lakukan.... terima kasih ibu.. kasih sayangmu hingga kesyurga... aq berdoa smoga ibu slalu dibawah lindungan Ilahi....


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

May 11, 2011

ImpianKu

Assalammualaikum......


Aku ingin menjadi wanita yang sentiasa melabuhkan cinta ku kepada Mu, Ya ALLAH...
Aku akan selalu mengamalkan sunnah-sunnah Rasuluallah..
Aku akan jadikan isteri Rasulullah sebagai contoh untuk menjadi muslimah sejati...
Aku ingin menjadi kuat seperti sahabat-sahabat baginda...


Aku ingin menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa ku..
Aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada bakal suami ku..
Aku ingin menjadi seorang ibu yang mithali kepada bakal anak-anakku..


Aku ingin menjadi wanita wadiah iaitu wanita yang indah tanpa perhiasan.
Aku ingin menjadi wanita yang cantik dengan akhlak dan kaya dengan santun
Aku ingin menjadi wanita cantik tapi bukan kerana perhiasan, tetapi pada 2 rakaat di penghujung malam,..
Aku ingin menjadi wanita yang kehausan di sebabkan puasa kerana ALLAH


Aku ingin menjadi seperti sekuntum mawar yang di penuhi duri, yang bisa melindungi dirinya dari musuh-musuh..
Aku ingin mempunyai akhlak yang cantik dan indah melebihi kebun yang di penuhi bunga..
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa berusaha menegakkan agama ISLAM..


Aku ingin menjadi muslimah yang solehah, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH....
AMIN!


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

10 sifat calon suami yang baik

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.


nota pena; jika ingin seorg lelaki yg soleh, kita mestilah mempersiapkan diri sbgai solehah.... jgn berputus harap ngan Allah.. krana Allah tlah menjanjikan yg terbaik buat kita.. jodoh dan pertemuaan ditgn-Nya.. berusahalah.... dgn iringan doa kpd-Nya.. inshaAllah yg terbaik buat kita... "Allah mengetahui apa yg terbaik buat kita"...


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Siapakah Kekasih Halalku

Assalammualaikum....

kenapa aku masih solo... kerana..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 22 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 32 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


doa untuk kekasih halalku...

aku juga menunggu disaat aku dilafazkan sakinah.... untuk mendptkn bakal imam yg bakal memimpin diri ini dijalan yang benar... aku memerlukan banyak persediaan bg diriku ini... ingin menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu dan ayah ku.. dan inshaAllah isteri yg solehah kpd bakal kekasih halalku....


Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu...



~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

May 10, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad.
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

nota pena; ingatlah sahabat sekalian... Allah menjadikan semua yg ada dibumi ini berpasang-pasangan dan Allah menyatakan kekuasaah nya dia dlm surah asy-syam.. dgn 7 demi... demi mathari dan demi bulan, demi siang dan demi malam, demi bumi dan demi langit, demi jiwa dan sluruh penyermpurnaan nya... dan Allah tidak menciptakan sesuatu itu dgn sia2....


~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

Renungan Bersama......

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir & MANAR ISLAM;
Subject: Manusia , Malaikat ,Syaitan ....


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla.... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutkah aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ....

(ana copy dri seorg shbt.... *kredit utk dia*)

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02.Sabar apabila mendapat kesulitan;
03.Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04.Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05.Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06.Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07.Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08.Jangan usil dengan kekayaan orang;
09.Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu bangga akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70.Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72.Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74.Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75.Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.Jangan membuka aib orang lain;
77.Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78.Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79.Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80.Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82.Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84.Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85.Hargai prestasi dan pemberian orang;
86.Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87.Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88.Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90.Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.





Nota Pena; Ana pasti sesiapa shj yg bca tidak akn perasaan yg nombor 43 tak ada.... =)

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~

May 9, 2011

Kemana Menghilang

salam... perbicaraan baruku bermula.... aku mencari-cari kemana hilangnya blog ku sebelum ini... http://cahaya-jannah.blogspot.com ... ku search segala macam internet yang ada tidak juga ku temui.. sedih dan pilu hatiku ini.... hilang segala aper yang aku usahakan dahulu....

Alhamdulillah, kini aku bangkit untuk membuat blog yang baru bagi meneruskan ku untuk b'dakwah kerana Allah... berada di tempat baru, jauh dari keluarga tidak membuat diriku lupa pada asal usulku... dulu diriku berada di politeknik shah alam, dekat dgn keluarga, setiap minggu aku akan pulang kerumah... kini diri di politeknik sabak bernam, jauh ke pendalaman.. sebulan skali belum tentu pulang kerumah... tapi ku bersyukur krana aku hanya belajar dalam negara sendiri lagi... tidak pada insan yang lain jauh diperantauan... Syukur Ya Allah...

aku sudah sebulan disini... Alhamdulillah, ramai kenalan baru yang kutemui, TERIMA KASIH sahabat kerana sudi menjadikan aku sahabat kalian. aku harap persahabatan kita akan berkekalan hingga ke pintu firdausi....

disini aku diberikan satu AMANAH yang aku sendiri tidak tahu adakah aku mampu tuk menjalankannya... tapi aku yakin perancangan Allah adalah terbaik untukku.. bak kata ustazah NurFaizah "anti adalah insan yang dipilih untuk amanah ini "...
aku menerima dengan penuh rasa rendah diri.. dan aku berdoa kepada Allah suapaya aku dapat menjalankan amanah ini... kepada sahabat2... sokonglah ku,tegurlah ku, bimbinglah ku disaat aku tersalah langkah... aku memerlukan sokongan kalian.... jangan pinggirkan ku jika aku tersalah... selamatkan aku....

kepada keluarga besarku di politeknik SHAH ALAM, KBMKL, KARISMA DLL... aku amat2 merindui kalian... semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke SYURGA Allah.... Doakan ku kuat dan tabah mengharungi permusafiran ini.....

~Akrab dengan Allah, Akrab dengan Sahabat~